Sunday, January 30, 2011

Hujan

Sepanjang perjalanan bermula dari Shah Alam hingga ke Port Dickson, pagi tadi..hujan tidak berhenti-henti. Sehingga lah membawa ke malam sewaktu kami selesai berbengkel, masih lagi hujan...Malah hingga saat ini masih kedengaran rintik-rintik hujan diluar tingkap.

Keputusan pilihanraya DUN Tenang juga sudah diketahui, dimana ramai pengundi terpaksa keluar mengundi dalam keadaan banjir. Begitu juga Le Tour De Langkawi juga hari ini menyaksikan penunggang-penunggang basikal terpaksa meneruskan perlumbaan dalam keadaan hujan. 

Ramai orang merungut bila hari hujan...hujan sejuk, basah ..tak dapat buat aktiviti luaran...para surirumah pula kelihatan susah hati, kerana pakaian di jemuran tidak kering...berdoa agar segera matahri muncul kan diri...

Namun semasa saya berada di Kota SUci Mekah sewaktu menunaikan haji... beberapa kali imam Mesjidil Haram mengimami solat sunat meminta hujan, kerana Kota suci Mekah sudah beberapa tidak menerima hujan... 

Sewaktu saya mencari hadis berkenaan hujan di webhadis MUTIARA HADIS, saya menemui beberapa potong hadis yang menyatakan tentang hujan, dan doa Rasulullah sewaktu hujan turun

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0541.
Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1563.
Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kami kehujanan pada suatu malam. Rasulullah solat Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turun berkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani kerana bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".
 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas