السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEDOMAN
Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk pada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman ALLAH SWT:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ.
Ertinya:
"Pada waktu sahur mereka memohon keampunan".
(Surah az-Zariyat:17)
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit:
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ»، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟« قَالَ: «قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.
Ertinya:
"Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)". Anas bin Malik bertanya beliau, "Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?" Jawab Zaid, "Kadar 50 ayat (al-Quran)".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menunjukkan bahawa lewatnya sahur Nabi SAW. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Pada tempoh itulah Nabi SAW menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
lagi di miskani.blogspot.com
Showing posts with label sahur lewat sunnah nabi. Show all posts
Showing posts with label sahur lewat sunnah nabi. Show all posts
Friday, June 19, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ring...
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...