TOKYO - Para penyelidik Jepun berjaya menghasilkan ikan Emas lutsinar yang membolehkan orang ramai melihat hati haiwan itu. "Anda boleh melihat hati dan organ-organ lain secara langsung kerana sisik dan kulit ikan ini tiada pigmen," kata Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Jabatan Sains Hidupan, Universiti Mie. "Anda tidak perlu membedah ikan itu (untuk melihat isinya). Anda boleh melihat otak kecil di atas mata ikan tersebut," jelasnya. Sekumpulan penyelidik Universiti Mie dan Universiti Nagoya di tengah Jepun melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan ikan itu. Ikan itu dijangka mampu hidup sehingga 20 tahun dan membesar sepanjang 25 sentimeter dengan berat lebih dua kilogram. Ia dihasilkan dengan memilih ikan emas mutan yang mempunyai kulit pucat dan membiaknya bersama-sama. - AFP & kosmo
Showing posts with label ikan buatan. Show all posts
Showing posts with label ikan buatan. Show all posts
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...