السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEDOMAN
Anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan akan mengurangkan pahala puasa ataupun makruh adalah tidak sahih. Begitu juga tidak sahih anggapan mandi selepas asar semasa puasa itu makruh. Ini kerana ada riwayat yang menunjukkan Nabi SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga.
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Mawatta', Ahmad dan Abu Daud dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: "Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُئِيَ بِالْعَرْجِ، وَهُوَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ مِنَ الْحَرِّ أَوْ مِنَ الْعَطَشِ،وَهُوَ صَائِمٌ.
Ertinya:
"Aku melihat Nabi SAW di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
lagi di miskani.blogspot.com
Showing posts with label curah air di kepala ketika puasa. Show all posts
Showing posts with label curah air di kepala ketika puasa. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ring...
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...