Monday, January 17, 2011

Tutorial edit gambar tanpa gunakan Photoshop

Orait pada entry kali ni aku nak tunjukkan cara yang paling senang untuk korang edit gambar tanpa gunakan Adobe Photoshop. Aku tahu ramai antara korang yang suka edit gambar kan? Tujuan utama untuk jadikan profile picture kat Facebook. Haha...ingat aku tak tahu ke? Tapi ramai ke yang tahu guna Photoshop?

Ok korang nampak gambar Upin Ipin kat atas tu. Sekarang aku hanya gunakan gambar tu untuk diedit. Caranya mudah je ni. Korang follow je steps kat bawah ni ok.

Klik link ni > Picjoke

Selepas masuk website tu, korang akan jumpa page seperti diatas. Korang boleh pilih interface mana yang korang suka untuk letak gambar korang tu. Dah jumpa yang mana berkenan, klik je. Pastu korang akan dibawa ke page seperti dibawah untuk upload gambar korang.


Klik browse untuk cari gambar pilihan korang. Bila dah jumpa tu klik je button Create your picture. Akhir sekali korang tunggu je sampai siap. Ni antara gambar Upin Ipin yang dah diedit gunakan picjoke ni. Jom try!







Nota Dahi: Amacam? Tak berminat nak cuba ke? Tapi satu je yang tak best. Setiap gambar yang dah diedit tu akan ada watermark Picjoke.com tu. Tak leh r korang bangga ngan member korang nanti. Hakhakhak...selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas