Berbeza dengan seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Noreen. Dia mempunyai saiz payu dara yang besar dan tidak padan dengan saiz badannya. Hal ini diakui sendiri oleh mereka yang mengenalinya.
Noreen selalu berasa sakit di bahagian belakang tengkuk dan bahu disebabkan payu daranya yang besar. Dia mengalami tekanan emosi dan selalu berasa seperti hendak menangis ketika ingin membeli baju dalam kerana ketiadaan saiz yang bersesuaian. Selain mengalami sakit belakang setiap hari, Noreen juga berasa malu kerana payu daranya menarik perhatian orang di sekelilingnya. Setelah berjumpa dengan doktor pakar, Noreen bercadang untuk membuat pembedahan bagi mengecilkan saiz payu daranya.
Hakikatnya, salah satu bahagian sensual tubuh seorang wanita adalah payu daranya. Tidak hairanlah bahagian tersebut seringkali mendapat perhatian yang lebih. Di negara-negara Barat, salah satu cara wanita menonjolkan aset mereka itu adalah dengan pembedahan implan payu dara, tidak terkecuali selebriti seperti penyanyi Victoria Beckham dan pelakon, Pamela Anderson dan Kim Kadarshian.
Bekas vokalis Spice Girls dan isteri bintang bola sepak England, David Beckham itu pernah menjalani pembedahan implan payu dara pada tahun 1990-an. Pada waktu itu, implan payu dara memang sedang hangat diperkatakan dan mampu meningkatkan populariti seseorang selebriti. Dalam wawancara dengan majalah Vogue UK, Victoria mengakui dia melakukan pembedahan itu sebagai ‘cara untuk menghargai bentuk tubuh yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Di Amerika Syarikat pula, semakin banyak remaja yang dilaporkan mahukan implan payu dara sebagai hadiah hari jadi. Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruksi Hospital Pantai Ampang, Dr. Cheong You Wei menjelaskan terdapat dua jenis pembedahan untuk membentuk payu dara iaitu pembedahan rekonstruksi dan pembedahan kosmetik.
Katanya, pembedahan rekonstruksi dilakukan apabila terdapat kecacatan pada payu dara pesakit, contohnya disebabkan kanser.
Kos RM10,000
Ia dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dan kulit daripada tubuh pesakit sendiri, misalnya di bahagian abdomen yang kemudian digunakan untuk membentuk payu dara pesakit.
Pembedahan kosmetik pula dijalankan pada wanita yang mempunyai payu dara yang normal, tetapi mempunyai keinginan untuk memiliki bentuk dan saiz yang lebih menarik berbanding asal.
Menurut You Wei, pembedahan kosmetik dengan memasukkan implan merupakan pilihan paling mudah bagi mereka yang ingin mencantikkan payu dara berbanding suntikan silikon, penggunaan pil mahupun krim.
“Menggunakan implan, kita boleh pilih pelbagai saiz yang kita mahu. Kalau mahukan saiz yang lebih besar, penggunaan implan adalah paling berkesan. “Memang banyak syarikat yang mengeluarkan pil dan krim yang dikatakan boleh membesarkan saiz payu dara tetapi kurang bukti atau kajian saintifik mengenainya,” katanya.
You Wei berkata, kos untuk pembedahan kosmetik payu dara di Malaysia agak murah berbanding negara-negara jiran lain, dengan julat di antara RM10,000 hingga RM15,000. “Ramai pesakit dari luar negara, terutama dari Barat dan Australia menjalani pembedahan di sini,” katanya.
KIM KADARSHIAN turut melakukan implan.
You Wei memberi jaminan bahawa pembedahan payu dara merupakan satu proses yang selamat, asalkan ia dijalankan di hospital yang mempunyai kelengkapan yang cukup dan dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
“Risikonya tidak tinggi kerana ia tidak melibatkan organ dalaman, hanya di bahagian luar dan kulit. Luka akibat pembedahan sangat kecil. Sekiranya pesakit dibedah pada sebelah pagi, mereka boleh pulang ke rumah pada sebelah petang. Pada masa lalu, ramai juga yang bimbang untuk melakukan implan pada payu dara kerana risau terdapat kesan sampingan. Bagaimanapun, orang ramai kini mula yakin kerana prosedur itu telah banyak kali dijalankan tanpa mendatangkan masalah lain kepada pesakit. Terdapat pesakit yang sudah menjalani implan payu dara sejak 30 tahun lalu dan tidak mengalami masalah sehingga kini,” terang beliau.
Perkara yang menyebabkan wanita berasa teruja untuk melakukan pembedahan disebabkan hasilnya nampak asli, hanya mungkin lebih besar tetapi menarik.
“Payu dara asli dan yang telah menjalani pembedahan memang tidak boleh dibezakan menggunakan mata kasar. Walaupun ia disentuh, kebanyakan orang biasa tidak boleh membezakannya melainkan doktor atau orang terlatih. Ia tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus. Implan itu juga boleh dikeluarkan untuk ditukar kepada saiz baru yang dikehendaki pelanggan. Contohnya, sekiranya umur pesakit sudah meningkat dan tubuhnya kini lebih berisi, implan yang telah dimasukkan dulu boleh dikeluarkan dan ditukar kepada saiz yang lebih besar,” katanya.
You Wei turut menegaskan bahawa sebelum proses pembedahan dijalankan, doktor akan berbincang dengan pesakit terlebih dahulu bagi memastikan pesakit tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh meningkatkan risiko pembedahan.
Bincang
Doktor juga akan berbincang dengan pesakit dan memberi cadangan saiz implan yang sesuai. “Kami mahu setiap pelanggan berpuas hati dengan hasilnya nanti,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd., Dr. Zahazan Mohamed, pembedahan untuk memperbaiki rupa paras boleh dilakukan sekiranya untuk tujuan perubatan bagi mengelakkan kecanggungan.
Misalnya pembedahan rekonstruktif yang dilakukan oleh pesakit kanser payu dara, pembedahan pada anak yang dilahirkan sumbing dan pembedahan untuk membuang jari tangan yang lebih daripada lima.
“Situasi yang dialami pesakit dianggap sebagai keadaan darurat dan pembedahan adalah penting untuk keseimbangan kehidupannya. Bagaimanapun, kita dilarang untuk mengubah sesuatu yang normal seperti memancungkan hidung yang tidak mancung dan memutihkan kulit yang sedia hitam. Dalam surah An-Nisa’ ayat 119 ada menyebut syaitan akan menghasut manusia untuk mengubah kejadian ciptaan Allah,” katanya.
Zahazan menasihatkan sesiapa yang ingin membuat pembedahan payu dara atas alasan payu dara mereka kecil akibat ketidakseimbangan hormon atau isteri yang ingin membesarkan payu daranya semata-mata ingin menjaga hubungan suami isteri supaya meminta nasihat doktor terlebih dahulu.
“Rujuk masalah kepada doktor Muslim terlebih dahulu. Adakah terdapat faktor yang boleh mendatangkan ketidakbahagiaan pada pesakit sehingga memerlukan rawatan. Dikhuatiri tidak ada sebarang kebaikan pada benda-benda yang melibatkan perubahan kepada ciptaan Allah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Tags: payudara, gambar payudara, payudara sedap, payudara suami isteri, tengok payudara, tengok cerita lucah online, payudara senjata utama, cara main payudara isteri, cara pegang payudara, panduan main payudara, payudara mengandung, cara hisap payudara, langkah cegah barah payudara, payudara isteri, awek melayu payudara besar, hukum hisap payudara, hukum minum susu payudara isteri, urut payurada, payudara tegang, awek cun, gambar awek melayu comel, gambar awek melayu cun, awek sopan santun, isteri solehah, calon isteri yang baik, remaja bercumbu berkhalwat, wakaf bercumbu, tempat maksiat, sarang maksiat, melacur, pelacur murahan, tempat pelacur, cari pelacur yang murah, diperkosa jiran, perkosa anak, perkosa isteri, kawan perkosa, pembedahan membesarkan payudara, gambar payudara, celebriti hollywood payudara, payudara besar
No comments:
Post a Comment