Tengah sarapan sambil tengok MHI...ada topik yang dibicarakan mengenai LELAKI BUDIMAN.
Bagaimanakah seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai seorang lelaki budiman?? Apa LELAKI BUDIMAN? atau dalam bahasa Inggerisnya, GENTLEMAN.
Ada yang memberi pendapat, lelaki di Malaysia ni memang rata-rata KURANG atau TIDAK BUDIMAN! Haaaa...lelaki semua...silalah berikan pendapat anda?
Mengapa mereka berkata begitu?
Sebab:
1) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu kereta untuk kaum wanita semasa hendak naik atau turun kereta.
2) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu untuk kaum wanita semasa hendak masuk/keluar dari sesuatu bangunan.
3) lain-lain
Ini jika dibandingkan dengan lelaki dari negara Barat sana...
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment