1. Cuba korang buatkan satu folder baru kat laptop korang tu dan namakan folder tu dengan CON. Apa yang korang dapat?
2. Korang buatkan satu file notepad yang baru. Letak je kat mana-mana pun tak kisah. (right klik > new > text document). Pastu buka file notepad tadi dan masukkan perkataan ni: Bush hid the facts dan klik save pastu tutup file. Selepas tu cuba korang buka balik file notepad tu dan tengok apa yang jadi.
3. Ok yang ni memang menarik. Korang buatkan satu file baru Microsoft Words. Buka file tu dan taip perkataan ni: =rand (200, 99), selepas tu korang tekan enter. Tengok la apa yang jadi. Haha...
Nota: Gunakan perkataan yang aku bold warna merah tu.
Sumber: Bizarre Stuff
Nota Dahi: Amacam cool tak? Aku pun first time baru tahu pasal ni. Rajin-rajinkanlah share kalau korang rasa menarik yerk.
Update: Ok selepas aku try google pasal magic No.2 tu aku dah dapat sedikit jawapan. Hehe...pasal masalah korang wat tak jadi tu mungkin version notepad korang tu lain dengan aku punya. Ada je yang wat menjadi kan? Kalau korang nak tau, perkataan Bush hid the facts tu mempunyai jumlah huruf 4,3,3,5 kan. So apa-apa perkataan yang korang letak tapi mempunyai kombinasi huruf 4,3,3,5 akan menghasil huruf petak-petak macam dalam contoh aku bagi tu. Nampaknya pihak Microsoft sendiri pun tak tahu apa punca masalah ni terjadi. Hakhakhak...psssttt...aku ada tutorial best nak tunjuk kat korang. Tapi petang kang la aku wat entry. So korang jenguk balik yerk blog aku ni petang kang. Aku yakin korang takkan rugi dengan tutorial tu.
No comments:
Post a Comment