Wednesday, January 19, 2011

Ribuan penganut Hindu mula sambut Thaipusam

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 penganut agama Hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami Devasthanam di Batu Caves, semalam, manakala 1.3 juta lagi dijangka hari ini untuk menyambut perayaan Thaipusam.

Tinjauan Berita Harian mendapati suasana sekitar kuil itu meriah dengan kebanyakan penganut yang datang sehari lebih awal untuk menunaikan nazar dengan membawa palkudam (belanga susu) dan mencukur rambut bagi mengelakkan kesesakan hari ini.

Suasana di kawasan sekitar kuil juga meriah dengan kebanjiran gerai menjual makanan dan minuman serta barangan lain yang turut disertai peniaga Melayu dan Cina.

Selain Batu Caves, sambutan besar-besaran juga akan diadakan di Pulau Pinang, Ipoh, Sungai Petani dan Johor Bahru.

Pegawai Penerangan Kuil Sri Subramaniyar Swami Devasthanam, Vivekanda Batumalai, berkata sambutan bermula jam 12.30 pagi semalam dengan perarakan membawa Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee di sini menggunakan kereta pedati dan tiba di Batu Caves jam 3 petang.

Perarakan itu yang turut disertai ribuan penganut melalui Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Kovil Hilir, Jalan Perhentian dan Jalan Ipoh-Batu Caves.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melawat kuil ini pada jam 10 pagi untuk beramah mesra dengan penganut Hindu, sebelum menyertai perayaan sama di Sungai Petani pada sebelah petang.
Seorang penganut, Selvarani Perumal, 38 dari Kajang berkata, mereka perlu membayar nazar pada setiap tahun jika apa saja permintaan mereka sudah dimakbulkan mengikut kepercayaan penganut agama Hindu.

“Saya bernazar supaya memperoleh keselamatan sepanjang masa, manakala keluarganya dilimpahi rezeki pada tahun ini,” katanya.

Pelancong dari England, Jacob Munzer, 21, berkata Thaipusam adalah satu perayaan yang sangat menakjubkan kerana tidak dapat dilihat di negara lain.

Di GEORGETOWN, sambutan berlangsung dalam suasana meriah dengan lebih 100,000 penganut, selain pelancong tempatan dan asing membanjiri Kuil Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga.

Penganut Hindu menyertai upacara memecah kelapa yang dilonggokkan sepanjang laluan perarakan Dewa Murugan dari Kuil Kovil Veedum di Lebuh Penang ke Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.

Berikutan perarakan itu, bandar ini mengalami kesesakan teruk yang dijangka berterusan sehingga malam ini.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Bagi aku, apa yang bestnya tengok penganut Hindu sambut Thaipusam ialah adanya acara cucuk-cucuk badan ni. Nampak bukan main ngeri lagi tapi diorang nampak biasa je. Nak tengok lagi? Meh layan video kat bawah ni.





Tags: thaipusam 2011, penganut hindu sambut thaipusam 2011, thaipusam 2011 batu caves, gambar thaipusam 2011, video thaipusam 2011, apakah thaipusam 2011, thaipusam 2011 wikipedia, sejarah thaipusam 2011, kepentingan sambutan thaipusam 2011, thaipusam 2011 cuti, berita tentang thaipusam 2011, sambutan thaipusam 2011 seluruh negara, tarikh sambut thaipusam 2011

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas