Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak.
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...

No comments:
Post a Comment