Isnin lepas saya ada la dapat 1 sms dari no yang saya tak kenal. Katanya dia nak bagi peluang perniagaan, keuntungan 600juta / tahun! Ajak gi tengok tapak projek. Tapak pulak kat Pulau Pinang nuuuuuu.... Kiranya peluang keemasan la!
Saya ni selalunya memang tak layan la kan. Tapi tangan ni gatal pulak malas msg tu! saya tulis
'TAK BAIK MENIPU, BERDOSA BESAR'
Lewat malam sms saya berbalas! Dia tulis
'Puan fidayu, itu sebab suruh turun sitevisit,tengok dengan kepala hati anda.bukan dengan mulut anda,.hukum fitnah lagi berat,drp awk cuma ckp menipu,kalau saya nak saman pun boleh!&setiap sms saya melalui bayaran..kalu nak ignore saja...lbh baik datang tgk,drp andaianyg xmasuk akal,lagi berdosa besar memfitnah.k' ---------------------ni saya ambil sejibik ayat dia sms saya.
Saya balas
'INI SIAPA YE? SY SELALU SGT DPT MSG MCM NI, SELALU SGT DPT MSG PASAL UNTUNG JUTA2. SORRY SY TERKASAR.TQ'
Dia jawab
'Ha memfitnah lagi! bla sms untung juta2? ni bt 1st time!! ada bukti? mulut ada insurance? betul dapat banyak kali juta2?
Saya pun balas
'LOR..SY XKATA AWAK YANG MSG SAYA BANYAK KALI. NO2 LAIN LA.. HEM..OK LA YE, SAYA MALAS NAK LAYAN. TOLONG JANGAN HANTAR APA2 IKLAN LAGI.. OK, WASSALAM.
Dia pun balas
l D ---------------------------------- apa saya tak tau! rasanya dia nak buat ;D kot..agaknyer la..
Saya balas lagi
LAGI 1, TOLONG DELETE NO I YE, I XSUKA BERURUSAN DENGAN NO YANG I XKENAL. I DOAKAN U BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
Dia jawab
Amin..
Bila baca balik sms ni rasa lawak! Saya tak tahu tu no siapa, tapi yang pasti dia kenal saya! Tak kisah la dia kawan saya ke bukan, tapi kalau sms nak ajak bisnes bukan ni caranya. Dah la tu, baru kena jentik dah melatah. Ajak join bisnes juta-juta bukan cara sms dik oooiii... Nampak sangat la keanak-anakan. Saya bagi kawan2 baca sms tu, takde yang tak gelak. semua kata msg nak menipu!
Berhati-hati dengan sms macam ni ye. Jangan terpengaruh. Badan koprat yang buat bisnes juta-juta ni tak cari pelabur dengan cara ni. Jangan tertipu!
Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang tidak benar.
Fikir sebelum bertindak.
Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah ye.
;)
No comments:
Post a Comment