Assalamu'alaikum wrt wbt para sahabat bloggers sekelian,
Sewaktu menulis ini, baru pulang dari melawat rakan sekerja di hospital. Beliau dimasukkan ke hospital kerana diserang stroke dan umur beliau lebih muda dari saya ...!
Memang benarlah ...ini semua dugaan dan ujian dari Allah SWT, Allah Yang Maha Berkuasa... apabila Allah hendak menarik balik nikmat sihat yang Allah Kurniakan kepada kita selama ini..., Allah jualah Yang Berhak hendak menarik balik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja ...bila-bila masa sahaja yang Allah kehendaki....
Apatah lagi di peringkat umur sebegini...Ya Allah Ya Tuhanku ...'goose bumps' bila mengingatkan tentang itu ...Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan lah dosa-dosaku yang telah lalu dan juga yang akan datang, yang besar mahupun yang kecil, yang tidak sengaja mahupun yang sengaja .. jika telah sampai ajalku, Engkau akhirilah dengan cara yang baik, husnul Khatimah, dan jangan lah pengakhiran hidupku dengan cara yang kurang baik...
Oleh itu bersyukurlah tatkala kita masih diKurniakan nikmat sihat ini ... lakukanlah amal ibadah sebanyak mungkin seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya ...sentiasalah bersyukur ..janganlah kita sombong dengan kesihatan yang Allah kurniakan ini ...
Rebut lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara.
Masa sihat sebelum sakit,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk,
muda sebelum tua dan
hidup sebelum mati.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
No comments:
Post a Comment