Beberapa hari lepas, jiran belakang rumah memberi kami ikan ini...saya tidak kenal dan tidak tahu nama ikan ini. Apabila saya tanya, beliau memaklumkan bahawa ini ikan Jelawat, suami beliau pergi memancing dan dapat 3 ekor, jadi beliau beri saya seekor. Besar ikan ini, penuh satu sink ...
Ini adalah pertama kali saya masak dan makan ikan air tawar. Jiran sudah beri, takkan saya nak menolak kan ..so ambil sahaja lah...
Alhamdulillah, saya belah 2. Sebelah ekor nya saya masak ikan stim (kukus saja...lebih sihat kan...). Sebelah lagi saya hiris-hiris, masak lemak cili padi... huii..meletopss..ingat nak masukkan tempoyak, tapi ada orang kat rumah ni tak makan tempoyak... so, yang lain kena sacrifice lah kan...huhu..
Isinya lembut dan sedap juga..tapi rasanya berbeza lah dengan ikan laut yang biasa kita makan ...cuma kena lebih lagi dalam usaha membersihkannya ..selepas dah kikis sisik nya yang tebal dan keras tu... pastikan semua isi perut sudah dibuang dan bersihkan ... rendam air asam jawa (dan saya + perahan limau kasturi banyak banyak ...kebetulan ada banyak kat rumah) ...dan campak sedikit garam kasar...rendam lama-lama sikit...
(maaf lah gambar yang sudah di masak tak sempat nak ambil...dah habis dahhh...hehe)
Salam
ReplyDelete