Tuesday, November 13, 2012

Misteri Patung Sphinx

Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5 meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah yang bertanggungjawab membinanya.

Gelaran dan Nama 

Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hul yang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang menggerunkan.

Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib. Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.

Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di dalamnya.
Pliny the Elder

Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.

Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata, 

“The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine. 

Tarikh Pembinaan Patung Sphinx 

Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal,  E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis, 

Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren),  dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)” 

Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.

Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.

Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi

Binaan Zaman Nabi Nuh as? 

Pendapat ini miskipun sukar untuk diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).

Washeth mengandaikan bahawa proses luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.

Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh as.

Pendapat ini disokong oleh seorang profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.
Dr. Robert Schoch

Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.

Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.

Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi Nuh as.!
 Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.

Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.
Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib yang sebaliknya.

Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala? 

Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx, ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia. Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan singa.

Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid yang menjadi tempat bersemadi para Firaun. 

Kehilangan Hidung Sphinx 

Patung Sphinx terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada patung Sphinx ini.

Namun, beberapa teori boleh diperkirakan sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada tahun 1798 sehingga 1801.
Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan

Namun, teori itu segera dibangkang oleh pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.

Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.

Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir berada di bawah jajahan takluknya.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas