Wednesday, January 2, 2013

Mereka Sahabat.

Assalammualaikum..

Hari ni dah hari ke3 tahun 2013, tapi saya masih diawangan lagi!! Asyik tersenyum sorang-sorang. Bukan dah tak betul ye, tapi teringat percutian yang ringkas, padat, mampat, sangat mendamaikan, dah terbaik 2012. Percutian kat rumah sendiri tapi bertemankan sahabat yang saaaaaaaaangat rapat!!

Dah 2 tahun kot tak berkumpul macam dulu-dulu. Masing-masing ada haluan hidup sendiri. Sorang orang Selangor, sorang orang Perak, dan saya orang Perlis yang indah lagi mempersona ni.

 Cik Zuriati Puan Baidura, u all memang kawan sekerja yang terbaik!

Aktiviti kami simple je.. Steambot kat rumah, berborak sampai kul 4.30 pagi. Bangun pagi, gi Wang Kelian & Padang Besar, serbu rumah  XBos lama yang tersangat sempoi. Makan banyak-banyak kat rumah XBos. Balik rumah, menyicah sambal belacan sampai resdung aktif balik. Makan kat Kuala Perlis. Pergi pejabat lama, tempat kami mula-mula berkenalan dan
-
-
-
-
-
 berpisah balik!

Jom makan-makan..

Otw ke Wang Kelian.
Pililh jangan tak pilih.
Pemborong paling banyak!! Penuh ven bapak mertuaku.. ;)

zzaassssss...
Dengan xbos yang sempoi..
Jam baru..jam baru..jam baru..
Simple kan,tapi yang penting kami semua bahagia je masa tu. Semua semangat! Walaupun tak cukup tidur, tapi tak mengantuk pun.;) Bergelak je..

Kami ada banyak sangat kenangat tau! Susah senang sama-sama. Gelak bersama, menangis pun bersama. Kami sentiasa bersatu. Kalau seorang stress, yang dua lagi tu pun akan stress. Kalau seorang bergelak, yang dua lagi pun akan bergelak. Tak ada nak terasa - terasa ni. Kalau ada yang terasa pun 1minit je,
pastu ok balik.

Masa kerja dulu, banyak sangat cabaran, tapi Allah hadiahkan sahabat yang sangat menenagkan hati.. 
Hilang semua masalah..

Alhamdulilah..

Semoga Hubungan kami kekal hingga ke syurga..

Saya rasa, merekalah sahabat yang akan mendoakan sahabat..
Amin..

Sahabat yang dituntut Islam..

Alhamdulilah..






Dan ini lagu kami..



Lagu yang boleh buat kami semua nangis!!!



Waktu terasa semakin kelabu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

 ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita



No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas