Kalau pergi ke Bukit Fraser sila jangan duduk di Jelai Highland Resort. Kalau nak duduk jadikan ia sebagai pilihan terakhir sahaja. Kalau rasa diri tu miskin tak ada duit bolehlah duduk sini. Akhir December lepas aku pergi ke sana dan duduk di situ sebab masa tu hotel lain semua penuh. Harga bilik standard pada hari puncak ialah RM100 dan hari biasa RM80. Tak salah aku Jelai Highland Resort adalah hotel yang termurah di atas sana. Apa yang aku nak nak bagi tahu ialah sikap pekerja hotel Jelai Highland yang pemalas dan penyelenggaraan hotel yang sangat teruk. Jelai Highland resort ini amat sesuai dijadikan lokasi filem seram. Sepanjang jalan ke bilik amat menggerunkan. Dindingnya banyak yang terkopek dengan kesan karat. Suasananya muram. Kawasannya penuh dengan sampah sarap yang tak dibersihkan. Kawasan lobi juga muram dan malap. Sofa di lobi didominasi oleh tuan tanah. Baring dengan berselimut sambil tengok tv cerita hindustan. Langsung tak ada rasa hormat pada tetamu yang datang.
Aku duduk di bilik nombor 24. Bilik memang besar boleh sumbat ramai orang. Bilik air pun besar juga. Cuma biliknya berbau lembab. Tilam pun jenis dah lendut. Bila-bila masa boleh runtuh. Cadarnya nipis dan bantal pun keras. Kerusi rehat pun dah tercabut rotannya. Sarung sofa kerusinya boleh tahan karatnya. Lampu yang boleh pakai hanya di depan cermin dan bilik air. Lampu di katil ada dua biji dan dua-dua tak boleh guna. Bila diminta repair dia kata nanti dia belikan bulb. Bila bulb dah sampai tak boleh juga menyala. Budak lelaki yang tukang pasang tu kata dia akan datang balik. Tapi sampai sudah tak datang. Bilik tu sepatutnya ada tv. Awalnya kata receptionist budak perempuan yang berstatus remaja kalau nak tv dia boleh hantarkan tapi lambat sikit. Tapi sampai sudah juga tak hantar.
Bila dah lama tv dan lampu tak muncul-muncul aku pun pergi ke kaunter receptionist nak tahu status tapi aku tengok tak ada orang. Rupa-rupanya budak perempuan tu tengah main karom dengan suku-sakat dia termasuklah yang tukang repair lampu tu. Aku tanya apa jadi dengan tv janji nak hantar kemudian dia boleh cakap dia lupa lepas tu dia boleh kata tv dah tak ada. Rasa angin dah masa tu. Lepas tu aku tanya pulak apa jadi dengan lampu tu kata nak datang repair. Senang aje dia cakap wiring kat bilik tu ada problem tak sempat nak repair kedai tak buka. Dah tu bergelaplah kita orang malam ni aku kata kat dia. Dia balas balik boleh guna cahaya lampu jalan sambil dia menjentik buah karom. Tetiba aku rasa aku nak bertukar jadi hantu. Silap hari bulan kepoh nanti cerita hantu terbaru mencekik orang di Bukit Fraser. Ikutkan hati memang nak balik KL dah mood dah hilang langsung tapi masa tu dah nak masuk Maghrib tak nak ambil risiko turun dari situ. Nak tak nak terpaksa pujuk hati supaya duduk juga di situ. Nasib baik bawa notebook boleh layan movie kau tak boleh sakit jiwa layan suasana bilik yang menyeramkan kalbu dan minda.
Untuk tambahan aku dah dua kali pergi ke Bukit Fraser, sekali balik hari dan hari itu sengaja hendak merasa tidur di Bukit Fraser dan untuk pengetahuan gerai-gerai makanan di atas bukit tu tidak ada yang sedap langsung. Customer service oriented memang tak ada. Muka mencuka macamlah kita minta duit dari depa. Lagi satu Jelai Highland Resort ini adalah tempat melihat burung. Peminat-peminat burung suka berkumpul di perkarangan luar hotel ini untuk mengambil gambar burung-burung yang ada. Oklah itu saja. Akhir sekali layanlah gambar-gambar Jelai Highland yang aku tangkap untuk hiburan. Adioss!!.
No comments:
Post a Comment