Sunday, January 27, 2013

Outing Together

Kehidupan kita sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan.  Tidak kira urusan rasmi atau tidak rasmi, urusan kerja, urusan rumahtangga, urusan anak-anak, urusan persekolahan, dan pelbagai lagi.. Semuanya menuntut masa yang kita ada. Masa yang kita ada iaitu 24 jam sehari semalam.   Setiap manusia, insan di muka bumi ini mempunyai 24 jam sehari semalam, tidak kurang dan tidak lebih...namun begitu, mengapakah kita selalu mendengar orang berkata (termasuklah diri saya sendiri) ... "Tak cukup masa..!" , "kalau boleh satu hari nak lebih dari 24 jam", .. "saya tak ada masa nak buat itu, nak buat ini" , dan ada juga yang rasa ada banyak masa lapang....dan macam-macam lagi ...

Sebenarnya yang membezakan setiap orang adalah bagaimana seseorang itu menguruskan masa yang ada. ... dan bagaimana kita meletakkan "keutamaan" atau priority kepada sesuatu perkara yang hendak kita lakukan.  

Dengan tugasan baru yang saya pikul ini, menuntut agar saya lebih pandai membahagikan masa yang ada, di antara tugasan rumah tangga sebagai seorang isteri, ibu , tugasan di tempat kerja, tugasan rasmi dan tugasan tidak rasmi. 

 Dicelah-celah kesibukan tersebut, kita perlu pandai "mencuri" masa untuk bersama anak-anak yang sudah semakin dewasa dan mereka juga sudah mempunyai kehidupan sendiri yang perlu diuruskan dengan baik juga. 

          Ini antara detik-detik yang sangat dihargai, All girls in the family...bukan senang sekarang dapat bersama-sama pada sesuatu masa...

Hendak bersama-sama dengan kelapan-lepan orang anak juga sudah semakin sukar.  Samada seorang anak itu bekerja, ada yang di asrama, ada yang keluar bermain bersama kawan-kawan, ada yang balik bercuti ke kampung... Ya Allah, sedang rindukan suasana di mana semua anak-anak dapat bersama.  Doaku agar Allah dapat pertemukan kami sekeluarga bersama-sama lagi di masa akan datang, InsyaAllah...
Ameen. 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas