Wednesday, January 30, 2013

u..pasni xd dah......


Assalammualaikum..

Pagi tadi saya dapat msg ni.
Alahai.. sedih sangat!

Sedih sebab dulu saya dah hilang sorang kawan yang sama-sama buat aktiviti semua tu,
Hari ni saya hilang lagi sorang kawan,
Bukan tak ada kawan lain yang boleh buat semua aktiviti tu,
Tapi kami dah lama buat semua benda sama-sama.

Kami dah biasa buat apapun sama-sama,

Dulu saya pernah dengar sorang pakar motivasi cakap  

' kalau umur kita 25-30 tahun dan kita tak ada kawan baik, kawan yang betul-betul rapat dengan kita, itu maknanya something wrong dengan diri kita, kita kena tengok balik diri kita ni.'

Masa tu rasanya umur saya 23 tahun rasanya *tak berapa ingat*

Saya dah cuak masa tu.
Ehhhh..aku tak ada masalah ke? 
Ada something wrong ke aku ni?
Risau.



Tapi alhamdulilah..
Saya dah jumpa kawan yang betul-betul rapat.
Kawan yang insyallah sampai bila-bila jadi sahabat.


Takapa sahabat, kita berpisah demi masa depan. Allah yang merancang pertemuan ini, Allah juga yang merancang perpisahan ini. Dan sudah tentu inilah yang terbaik untuk kita. 

Allah itu Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Jadikan DIA pengantara persahabatan kita. Bila rindu, kita sama-sama berdoa kepadanya untuk kebahagian kita.

Dia menyatukan kita dalam doa, dalam ibadat, dalam ingatan, dalam apa jua yang diinginkan olehNya.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Terima Kasih dan syukur kepada Nya kerana membenarkan kita berkawan, bersahabat, berubah, bergembira, bergurau dan merasai pengalaman indah ini. 
Dah banyak kebahagiaan yang diberi.

Syukur alhamdulilah..



 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas