Tamak! Manusia memang ada sifat tamak atau perlu ada sifat tamak ni. Yeker? Tak perlu nak menuding jari dekat orang lain, kadang-kadang aku sendiri pun ada sifat tamak ni. Dah dapat sikit, nak lagi, dah dapat lagi, nak lebih lagi.
Ceritaejoy macamni, ada seorang rakan aku, meluahkan rasa yang dia sentiasa kekurangan wang. Selalu mengeluh. Nak dijadikan cerita, dia dapat durian runtuh *kenapa mesti durian ek?, lepas la buat belanja dia sekeluarga selama sebulan.
Dah dapat duit tu, sepatutnya bersyukurlah kan? Ini tidak, digunakan duit itu untuk gandakan lagi duit yang sedia ada. Kalau guna ke arah yang betul, takpelah jugak kan, ini digunakan duit tu untuk berjudi. Hoi, dah kenapa??
Alasannya mudah. Ini sahaja cara yang paling mudah untuk dapat duit. Ada jugak aku tanya, kalau dapat, kalau tak dapat? Macamana? Jawapan yang aku dapat, betul-betul menyakitkan hati.
Rezeki kepala hotak ko dengan berjudi. Rezeki dari duit haram? Rasa aku, orang sekarang ni dah takde fikir dosa pahala dah. Yang penting ada duit. mungkin sebab tekanan ekonomi sekarang ni. Tapi itu bukan alasan untuk kita melakukan dosa.
Aku bukan ostad. Nak bercerita dosa pahala ni, tapi aku tau mana yang betul, mana yang salah. Kalau lah dia dapat duit tu, duit tu pulak dia bagi belanja dekat family dia. Aduh, satu family makan duit haram. Jadi darah daging tu.
Nak bercerita lebih, dicakapnya kita tak faham ekonomi dia. Saya faham bang, masalah abang, saya pun ada masalah kewangan, tapi tidaklah sampai ke tahap itu. Sungguh. Paling kuat pun, saya pinjam dengan adik beradik, tak pun mak ayah, mertua. ha, sungguh.
Nasihat dah nasihat dah, jadi dah lepas la tanggungjawab aku. Dosa anda tanggung sendiri. Kang kalau aku senyap je, dikatakan aku bersubahat pulak. Cuma pesan aku, janganlah tamak sangat. Kadang-kadang rezeki yang diberi tu, cukup untuk belanja anda. Allah maha pemberi, Allah Maha mengetahui.

" Dah takda rezeki bro"

Haffizul iskandar.
No comments:
Post a Comment