Sakit nye tuh di sini jadi kes polis|Sakit nye tuh di sini adalah tajuk lagu dari negara jiran iaitu indonesia yang cukup popular di negara ini. Irama muziknya sememangnya mudah untuk diminati semua orang.
Tetapi lain pula dengan kes ini. Seorang doktor telah membuat laporan polis, apabila sijil sakit kliniknya telah dimanupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sijil sakit bertulis " 1 hari MC kerana sakit nye tuh di sini" kini menjadi viral di laman sosial. Ia mungkin di anggap gurauan bagi sesetengah pihak tetapi tidak kepada doktor tersebut.
Ia boleh menjatuhkan kredibiliti sebagai seorang doktor dan boleh di anggap tidak profesional. Cuba bayangkan jika sijil sakit tersebut digunakan untuk urusan rasmi. Sudah pasti ia akan mengundang respon negatif dari pihak-pihak tertentu.
Gurauan itu bagus, tapi biarlah ianya bertempat. Asalnya ianya adalah tajuk hiburan tetapi kini ia menjadi "mimpi buruk" kepada seseorang.
No comments:
Post a Comment