Monday, May 25, 2015
Terkini!! Dato Sri Najib dan Isteri Antara Mangsa Gempa Bumi di Jepun
SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa syukur apabila gempa bumi yang melanda tempat beliau bermesyuarat di Tokyo, Jepun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Beliau berkata, seluruh bangunan bergegar, namun gegeran itu tidaklah membawa ancaman yang besar.
Katanya, gempa bumi tersebut berlaku sebelum bermulanya mesyuarat bersama kapten industri di Hotel Palace di Tokyo.
“Kami semua rasa gegaran, lantai dan lampu bergerak. Apa pun semua tenang, dan majlis dimulakan selepas itu, Alhamdulillah,” tulisnya di laman Facebooknya sebentar tadi.
Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun mulai Ahad lalu.
Antara pengisian lawatan itu adalah menghadiri majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan masyarakat Malaysia.
Dalam rangka lawatan itu juga Najib dan isteri akan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun di Imperial Palace.
Selain menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri, disusuli mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe.
Najib juga akan menyampaikan ucaptama pada rundingan meja bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum berlepas ke Sendai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ring...
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...

No comments:
Post a Comment