Sunday, May 3, 2015

Saintis cuba kuak misteri makhluk Yeti menerusi ujian DNA

 Zana, perempuan yang hidup di era 1850-an, diyakini saintis sebagai subspesies manusia. - Mirror

Kewujudan makhluk Bigfoot dan Yeti telah membingungkan banyak orang selama berabad-abad. Cerita mitos kedua makhluk tersebut terus terdengar selama beberapa generasi dari pelbagai budaya di dunia.

Seiring perkembangan teknologi, ahli sains mungkin dapat segera menguak misteri tersebut. Professor Bryan Sykes dari Universiti Oxford menyebut, jasad seorang perempuan yang hidup di abad ke-19 di Rusia kemungkinan besar adalah Yeti.

Yeti adalah makhluk mitos yang diyakini menyerupai kera besar dan tinggal di wilayah Himalaya, Nepal dan Tibet.

Seperti dipetik dari Mirror.co.uk,  Sykes meyakini DNA dari jasad perempuan bernama Zana termasuk dalam kategori subspesies dari manusia.

Walau DNA Zana menunjukkan bahawa dirinya "100 peratus bangsa Afrika," namun bukti fizikal serta persamaan genetik sangat jauh dari kumpulan orang Afrika moden sekarang ini.

Zana ditemui di kawasan terpencil di Ochamchir, Republik Abkhazia. Ia ditangkap sekumpulan pemburu yang diupah oleh seorang peniaga tempatan pada 1850-an. Zana kemudian dijual kepada seorang saudagar kaya, dan pada akhirnya meninggal dunia pada 1890.

Profesor Sykes sebelumnya menduga Yeti adalah dari spesies beruang besar yang belum dikenal pasti.




Sumber: Metrotvnews.com

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas