PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjelaskan pinjaman kepada 6 bank antarabangsa selepas melanggar syarat, ia susulan pendedahan akhbar perniagaan berpangkalan di Singapura.
Business Times Singapura hari ini melaporkan, 6 bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa 1MDB menyelesaikan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.
"Datuk Seri Najib Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini," kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini mengenai pendedahan terbaru akhbar tersebut.
Pendedahan terbaru itu juga menurut Rafizi mengesahkan dakwaannya semalam yang mengatakan hutang RM3.6 bilion tersebut diambil dengan memberi cagaran.
"Laporan akhbar Business Times pada hari ini mengesahkan pendedahan saya semalam bahawa hutang RM3.6 bilion ini diambil dengan memberi cagaran simpanan dana AS$1.1 bilion yang kononnya disimpan oleh 1MDB di Bank BSI di Singapura.
"Oleh kerana laporan terkini menyebut dana AS$1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia mewujudkan keadaan panik di kalangan 6 bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion itu," katanya. - TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ring...
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...

No comments:
Post a Comment