Tuesday, May 12, 2015

Kulit manusia berusia 2 juta tahun ditemui


Para penyelidik telah menemui kulit manusia yang didakwa tertua dan berusia 2 juta tahun di antara enam kerangka lama di wilayah Johanessbug, Afrika Selatan. Mereka meramalkan kulit manusia tertua tersebut merupakan milik spesies Australopithecus Sediba.

Kulit manusia tertua ini disebut-sebut akan mendedahkan butiran penting mengenai kehidupan manusia purba. Selain kulit, mereka juga mendapati sisa makanan terakhir yang terselit di kerangka gigi manusia purba.

"Sejenis tumbuhan atau biji kami temukan di antara bahagian gigi kerangka tersebut bahkan partikulat makanan juga kami temukan," kata Professor Lee Berger, antropologi dari Universiti Wtiwatersrand. "Hal itu membuat kami dapat melihat apa yang mereka makan."

"Lebih luar biasa, kami fikir kami telah menemukan kulit fosil juga," tambahnya. Penggalian tersebut juga menemui kerangka tengkorak bersama dengan tulang bahu, tangan, tulang pergelangan tangan dan tulang pergelangan kaki.

Kajian menunjukkan bahawa spesies tersebut mempunyai pinggang ramping yang mirip dengan manusia moden. Kini, Profesor Lee dan pasukannya tengah berusaha untuk membuat sebuah makmal hidup di atas kerangka tersebut sehingga mereka dapat terus mengkajinya di tanah tanpa perlu merosakkannya.



Sumber: WowKeren

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas