Kekal Atau Memilih kerja baru|ceritaejoy.
Satu persoalan yang kerap bermain di dalam fikiran aku, Kekal atau memilih kerja baru. Aku sekarang bekerja di dalam sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Semua orang tahu syarikat ini. Dan tahun ini, adalah tahun ke 9 aku bersama syarikat ini.
Syarikat tempat aku bekerja sekarang, pada aku terlalu banyak benefitnya. Itu aku tak boleh nafikan, Ini juga yang membuatkan, ramai kawan-kawan aku memilih untuk terus bekerja di sini. Jika semuanya baik, kenapa perlu bertukar kerja kan? Ini jawapan aku.
Untuk mendapatkan title "technician" jika status pekerja itu adalah operator, mereka perlu bekerja selama 9 tahun ke atas! Dan ada di kalangan mereka, yang mendapat title itu hanya disebabkan oleh gaji mereka sudahpun mencecah gaji maksima.
Gaji bagi "fresh technician" adalah sekitar RM1500. Ini bermakna, gaji mereka yang bekerja selama 9 tahun dan ke atas itu adalah di bawah RM1500. Bayangkan, 9 tahun bekerja, gaji baru mencecah RM1500!
Jawatan adalah suatu isu yang cukup besar di dalam syarikat aku bekerja sekarang. Masalah ini mungkin berkaitan dengan syarikat ataupun majikan, tetapi pada aku, 80% adalah melibatkan majikan.
Jadi inilah punca kenapa wujud isu kekal atau memilih kerja baru. Task kerja didalam syarikat tempat aku bekerja sekarang, tidak memandang kepada jawatan. Langsung tidak memandang kepada jawatan.
Ada di kalangan operator memegang task yang sangat besar hinggakan ada di antara mereka pernah di hantar ke luar negara bagi pembangunan produk baharu! Ada juga dalam kalangan operator, yang sudah biasa report dengan group director. Mereka hanya berpangkat operator, dan bukannya engineer atau manager!
Inilah punca dan kenapa wujudnya perasaan kekal atau memilih kerja baru. Kenyataan ini, di kuatkan lagi bila ada rakan-rakan aku yang berjaya mendapat jawatan dan gaji yang lebih tinggi bila berhijrah ke tempat lain. Ianya berpunca daripada keupayaan mereka di dalam kerja yang melibatkan data dan juga perkhidmatan.
Aku masih lagi berteka-teka, samada mahu berhijrah atau kekal di dalam syarikat yang sama. Sebenarnya, perasaan ini pernah wujud di dalam diri aku sebelum ni, tetapi selepas wife aku bertanyakan hal yang sama, perasaan tu datang balik. Hish.
Persoalan sekarang, mahu kekal atau memilih kerja baru?
Haffizul iskandar.
No comments:
Post a Comment