Thursday, May 7, 2015

Gigi tertanam dalam tangan tanpa sedar


SEORANG remaja 19 tahun tekejut selepas mendapati sebatang gigi telah tertanam di dalam tangannya selepas mengadu kesakitan.

Remaja itu mengaku telah menumbuk muka adiknya secara tidak sengaja di rumah mereka sehari sebelum tangannya membengkak.

Ketika kejadian, dia tidak menyedari bahawa tumbukannya itu telah menyebabkan gigi adiknya patah kerana selepas ditumbuk adiknya itu bergegas keluar dari rumah.

Memetik laporan Daily Mail, selepas membersihkan kecederaan tanganya, remaja itu terus tidur dan pada keesokan harinya dia mendapati tangannya membengkak dan sakit.

Dia terus mendapatkan rawatan di hospital. Doktor pada mulanya hanya mengesyaki dia hanya mengalami jangkitan biasa namun apa yang mengejutkan hasil imbasan X-ray mendapati terdapat sebatang gigi tertanam di dalam tangannya.

Tanpa melengahkan masa, pembedahan membuang gigi tersebut dilakukan untuk mengelakkan jangkitan yang lebih serius.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas