Friday, May 1, 2015

Bintang You Tube ini mempunyai dua vagina

 Cassandra Bankson

Cassandra Bankson merupakan bintang Youtube dan juga model mempunyai keanehan anatomi tubuh iaitu dia  mempunyai dua faraj, dua rahim, dan dua mulut rahim. Keanehan tubuhnya diketahui selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

Keadaan yang dialami Cassandra ini dalam perubatan dikenali sebagai Uterus Didephis.

Kes uterus didelphis ini bukan kali pertama berlaku. Sebelumnya, wanita dari bandar High Wycombe, England juga mempunyai dua faraj. Keanehan ini terjadi disebabkan adanya proses yang kurang sempurna dalam pembentukan organ seksual semasa dalam kandungan.

Wanita dari San Francisco berusia 22 tahun ini juga disahkan hanya mempunyai satu buah pinggang selepas melakukan pemeriksaan ultrasound, MRI dan ujian darah.

Cassandra tak pernah menyangka dan menyedari keadaan ini sebelumnya melainkan dia  selalu merasa sakit yang luar biasa semasa haid. Bahkan kadang-kadang kejang yang dialami membuatnya tidak boleh bergerak.

Bintang Youtube yang memiliki 1 juta pengikut di Youtube Channel ini juga mempunyai tempoh masa haid yang cukup panjang iaitu lebih dari seminggu bahkan sehingga tiga minggu.

Apa yang difahaminya keadaan ini tentu saja akan mempengaruhi kehidupan seksualnya. Dia merasa gugup bagaimana harus menjelaskan kepada pasangannya tentang keadaan ini.

Walaupun mempunyai anatomi tubuh yang tidak biasa, keluarganya memberikan sokongan penuh ketika dia mengumumkan perkara itu.

Awalnya si ibu tidak mampu berkata-kata dan  ayahnya kelihatan terkejut dengan keadaan anaknya itu.




Sumber: Tribunnews.com

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas