Monday, May 4, 2015
Benjy Dihukum Mati
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, yang sebelum ini telah ditahan buat kali keempat, bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.
Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.
Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.
Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.
Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.
Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan. Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...

No comments:
Post a Comment