Thursday, November 15, 2012
Misteri Gambar Ular Hitam Yang di Genggaman Ratu Elizabeth
Gambar ular misteri yang melingkar muncul dalam lukisan abad ke-16 yang menggambarkan Ratu Elizabeth I, demikian dinyatakan National Portrait Gallery di London.
Menurut para peneliti, ular itu dalam versi aslinya digambarkan sedang melingkar di jari-jari ratu. Namun gambar ular tersebut sepertinya dianggap kurang sesuai sehingga oleh pelukisnya dan akhirnya diganti dengan lukisan seikat
GUGUR NYA AIRMATA BUAT SAUDARA SEAGAMAKU DI GAZA
YA ALLAH ...AKU TIDAK MAMPU SEBENARNYA HENDAK MENEKAN HURUF-HURUF DI PAPAN KEKUNCI INI ... HATI KU BAGAI DIROBEK-ROBEK OLEH KEKEJAMAN REGIM TENTERA ISRAEL KE ATAS PENDUDUK GAZA.. ..OLEH ITU AKU TIDAK SANGGUP HENDAK MELETAKKAN SEBARANG GAMBAR DI POST INI ...
AL-FATIHAH BAGI MEREKA YANG GUGUR SYAHID ...
SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN LAH KECUNDANG DI MEDAN PERANG, TETAPI MEREKA SEBENARNYA BANGKIT UNTUK MENEMUI YANG MAHA AGUNG, ALLAH SWT ... GEMBIRALAH ANDA SEMUA DI SISI TUHANMU ...
p/s: dalam hati kecil ku ..apa yang dapat aku lakukan? sekecil-kecil iman, hanya dapat membenci dalam hati, tetapi takkan itu sahaja yang dapat aku lakukan ?
boikot? Ya, sekurang-kurang aku boleh memboikot barangan/atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel .. anak-anak ku ..no more McDonalds/KFC/Pizza hut ..etc ...
Wednesday, November 14, 2012
Watch Gladiator (2000) Online For Free Without Downloading No Surveys A sensational epic Film
Gladiator (2000) Starring Russell Crowe and Joaquin Phoenix. One of the best movies I have ever seen and will always be from the best in my opinion. Gladiator is adored by people all over the world. There are some historical inaccuracies here but still it's a great film. It's one of the best Roman/ancient movies you will ever see and Russel Crowe best ever acted movie. I hope you will enjoy watching this great movie.
How to watch Gladiator For Free - click on the play icon in the middle of the screen and wait for movie to load. Enjoy the movie.
if you want to watch Gladiator (2000) movie online on full screen, All you have to do is click on play icon. It's very easy. It's very easy. Watch Gladiator Online Free Here No Downloading Required.
Enjoy watching and Don't forget to leave a comment to let others know that video is working fine.

Grilled Salmon
Assalamu'alaikum wrt wbt. Salam Maal hijrah buat semua pembaca blog ini dan rakan taulan .. pejam celik pejam celik ..sudah setahun berlalu ... buku amalan kita juga akan diganti baru ... ALhamdulillah ...sempat juga di akhir waktu 'Asar tadi membaca doa akhir tahun dan selepas maghrib membaca doa awal tahun ...
Tengahari tadi, adalah percubaan pertama menggunakan pemanggang ajaib IKAN yang saya baru beli tempohari. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan ...
Beberapa hari lepas saya ada membeli 2 hiris ikan salmon..tengok sangat cantik dan segar ..lalu terfikir hendak mencuba menggunakan pemanggang ajaib tersebut..
Ini semasa sedang dipanggang, ...
Yummy...rasanya pun tidak menghampakan...sedapppp
Selepas di hidang dengan tomato, carrot dan cauli flower...
sepatutnya ada broccoli, tapi since brocolli tak ada kat rumah ..guna apa yang ada saja lah kan
Menunya, sangat senang ...
Bahan-bahannya:
2 hiris ikan salmon
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (di tumbuk2 juga)
1 sudu teh basil
4 sudu minyak zaitun
hirisan daun parsley
tomato, carrot, cauli flower dan brocolli
garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Lumurkan kesemua bahan ke atas ikan Salmon, perapkan selama 1 jam
2. panaskan kuali (saya guna pemanggang Ajaib ), dan letak ikan ..bakar sehingga isi ikan kelihatan sudah masak ..(jangan terlalu lama, nanti isi ikan Salmon akan jadi keras...)
3. Ketika hampir masak, letakkan sayur2an
4. Angkat dan hidangkan ..
(sumber: resepi asal saya tanya Mr google ajer...lepas tu pandai-pandailah adjust kan..)
(sumber: resepi asal saya tanya Mr google ajer...lepas tu pandai-pandailah adjust kan..)
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1433/1434 H
Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis).
Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada segala tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, Insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
sumber: http://bungamuslim.blogspot.com/2011/11/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun.html
Tuesday, November 13, 2012
Misteri Patung Sphinx
Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5 meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah yang bertanggungjawab membinanya.
Gelaran dan Nama
Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hul yang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang menggerunkan.
Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib. Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.
Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di dalamnya.
Pliny the Elder
Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.
Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata,
“The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine.
Tarikh Pembinaan Patung Sphinx
Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal, E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis,
“Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren), dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)”
Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.
Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.
Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi
Binaan Zaman Nabi Nuh as?
Pendapat ini miskipun sukar untuk diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).
Washeth mengandaikan bahawa proses luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.
Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh as.
Pendapat ini disokong oleh seorang profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.
Dr. Robert Schoch
Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.
Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.
Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi Nuh as.!
Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.
Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.
Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib yang sebaliknya.
Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala?
Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx, ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia. Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan singa.
Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid yang menjadi tempat bersemadi para Firaun.
Kehilangan Hidung Sphinx
Patung Sphinx terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada patung Sphinx ini.
Namun, beberapa teori boleh diperkirakan sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada tahun 1798 sehingga 1801.
Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan
Namun, teori itu segera dibangkang oleh pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.
Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.
Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir berada di bawah jajahan takluknya.
Untung juta-juta
assalammualaikum..
Isnin lepas saya ada la dapat 1 sms dari no yang saya tak kenal. Katanya dia nak bagi peluang perniagaan, keuntungan 600juta / tahun! Ajak gi tengok tapak projek. Tapak pulak kat Pulau Pinang nuuuuuu.... Kiranya peluang keemasan la!
Saya ni selalunya memang tak layan la kan. Tapi tangan ni gatal pulak malas msg tu! saya tulis
'TAK BAIK MENIPU, BERDOSA BESAR'
Lewat malam sms saya berbalas! Dia tulis

'Puan fidayu, itu sebab suruh turun sitevisit,tengok dengan kepala hati anda.bukan dengan mulut anda,.hukum fitnah lagi berat,drp awk cuma ckp menipu,kalau saya nak saman pun boleh!&setiap sms saya melalui bayaran..kalu nak ignore saja...lbh baik datang tgk,drp andaianyg xmasuk akal,lagi berdosa besar memfitnah.k' ---------------------ni saya ambil sejibik ayat dia sms saya.
Saya balas
'INI SIAPA YE? SY SELALU SGT DPT MSG MCM NI, SELALU SGT DPT MSG PASAL UNTUNG JUTA2. SORRY SY TERKASAR.TQ'
Dia jawab
'Ha memfitnah lagi! bla sms untung juta2? ni bt 1st time!! ada bukti? mulut ada insurance? betul dapat banyak kali juta2?
Saya pun balas
'LOR..SY XKATA AWAK YANG MSG SAYA BANYAK KALI. NO2 LAIN LA.. HEM..OK LA YE, SAYA MALAS NAK LAYAN. TOLONG JANGAN HANTAR APA2 IKLAN LAGI.. OK, WASSALAM.
Dia pun balas
l D ---------------------------------- apa saya tak tau! rasanya dia nak buat ;D kot..agaknyer la..
Saya balas lagi
LAGI 1, TOLONG DELETE NO I YE, I XSUKA BERURUSAN DENGAN NO YANG I XKENAL. I DOAKAN U BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
Dia jawab
Amin..
Bila baca balik sms ni rasa lawak! Saya tak tahu tu no siapa, tapi yang pasti dia kenal saya! Tak kisah la dia kawan saya ke bukan, tapi kalau sms nak ajak bisnes bukan ni caranya. Dah la tu, baru kena jentik dah melatah. Ajak join bisnes juta-juta bukan cara sms dik oooiii... Nampak sangat la keanak-anakan. Saya bagi kawan2 baca sms tu, takde yang tak gelak. semua kata msg nak menipu!
Berhati-hati dengan sms macam ni ye. Jangan terpengaruh. Badan koprat yang buat bisnes juta-juta ni tak cari pelabur dengan cara ni. Jangan tertipu!
Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang tidak benar.
Fikir sebelum bertindak.
Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah ye.
;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...