ISLAMABAD - PAKISTAN. Parti Jamiat Ulema-e-Islami (JUI-F) meminta angkatan bersenjata Pakistan supaya melakukan operasi ketenteraan terhadap golongan wanita yang memakai seluar jeans di seluruh negara.
Ketuanya, Maulana Fazlur Rehman berkata tindakan seumpama itu perlu diambil kerana ketidaksopanan golongan terbabit adalah punca terjadinya kejadian gempa bumi, inflasi dan lain-lain bencana lapor The New Indian Express.
Rehman turut menuding jari ke arah golongan terbabit sebagai punca kepada krisis melanda wilayah Baluchistan yang ketika ini mengalami kekurangan bekalan tenaga selain berdepan dengan isu keselamatan yang semakin meruncing.
"Taliban tidak akan datang menyerang Pakistan jika wanita-wanita ini duduk diam di rumah," katanya.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment