Friday, June 26, 2015
Fadillah : KALAU TOL TAK DINAIKKAN.. RUGILAH KERAJAAN..
Sejak agenda kenaikan tol dibocorkan.. hingga ke hari ini, Kerajaan Pusat masih meneliti kemungkinan menaikkan kadar tol di 16 lebuh raya di Semenanjung.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kontrak mengenai kadar tol yang membabitkan 16 lebuh raya itu telah tamat tempoh pada 1 Januari dan terpaksa menangguhkan kenaikan tol buat sementara waktu selepas kes kebocoran maklumat beberapa minggu yang lalu.
Menurutnya, jika kadar tol tidak dinaikkan, kerajaan dijangka rugi... kerana perlu membayar pampasan sebanyak RM580 juta kepada syarikat konsesi tol yang terlibat.
Bagaimanapun, kerajaan perlu membuat pelbagai pertimbangan dalam menentukan keputusan itu termasuklah kemampuan kewangan kerajaan untuk membayar jumlah pampasan tersebut.
"Kerajaan mungkin mampu membayar pampasan, tetapi ini akan membelanjakan dana pembangunan kerajaan. Keadaan ini bermakna projek pembangunan lain termasuk pembinaan jalan raya di Kelantan, Sabah dan Sarawak mungkin menjadi mangsanya," katanya.
Kerajaan akan sentiasa berkeras untuk menaikkan kadar pembayaran tol di 16 lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia. Keputusan itu juga perlu diambil kira sama ada akan menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan pelabur asing. RAKYAT perlu bayar kadar tol ini sekiranya mahu terus menggunakan lebuh raya..
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...

No comments:
Post a Comment