RAMALLAH - PALESTIN. Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC), Aziz Dweik, dibebaskan dari penjara Ofer di Tebing Barat berhampiran bandar Ramallah selepas membayar denda sebanyak AS$1,565 (RM5,900).
Menurut Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar, Aziz, 67, dijatuhi hukuman penjara setahun dan diperintahkan membayar ribuan ringgit oleh mahkamah Israel 25 Mei lalu, kerana berucap pada sebuah majlis pro rintangan pada tahun 2013.
Susulan hukuman itu, organisasi tersebut mengecam kerajaan rejim Zionis dan menuntut pembebasan segera semua tahanan Palestin yang ditahan di pusat tahanan Israel, terutamanya Aziz.
Aziz diculik tentera Israel di bandar Hebron di Tebing Barat pada 16 Jun tahun lalu, lapor Press TV. - SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...

No comments:
Post a Comment