Selaju manakah perkhidmatan pos laju?|Persoalan ini timbul bila minat aku terhadap shopping online semakin kuat. Ada aku ceritakan di sini : Gila shopping online. Pos laju merupakan medium penghantaran paling banyak mendapat sambutan. Ini mungkin kerana ianya sangat mudah di dapati di kawasan-kawasan penempatan penduduk.
Baik. Selaju manakah perkhidmatan pos laju? Kalau sebelum ini, bukan, kalau sebelum,sebelum,sebelum ini *maknanya lama dululah, perkataan yang sering berlegar dalam minda aku apabila menyebut pos laju ini adalah, pos hari ini, esok sampai. Tetapi sekarang, perkataan itu semacam dah tak boleh digunapakai.
Manakan tidak, ada masanya ianya mengambil masa selama 3 hari! Lamanya?? Apa yang menyebabkan ia mengambil masa yang begitu lama? Ini yang membuatkan aku menjadi sangat konfius. Kemana hilangnya ayat, harini pos esok sampai tu?
Bukanlah aku cakap, perkhidmtan pos laju ni sangat teruk, tapi aku membandingkan perkhidmatan pos laju dengan perkhidmatan lain. Ada perkhidmatan yang benar-benar mengambil masa hanya satu hari. Contohnya, semalam aku ada beli beg dengan seorang peniaga online. Dan barangan tersebut di hantar melalui pos pada hari semalam. Hari ini, aku sudah menerima barangan tersebut. Perkhidmatan semacam ini yang kami mahukan! Ini yang menjadi persoalan pada aku, selaju manakah perkhidmatan pos laju ni?
Mereka juga ada buat panggilan bertanyakan samada kita ada dirumah atau tidak sebelum membuat penghantaran. Ini sangat berbeza dengan perkhidmatan yang diberikan pos laju. Mereka berhentikan van depan rumah dan bunyikan hon banyak kali. Kita lambat sikit jer, mereka tinggalkan surat dan minta kita ambil di pejabat pos. Owh, dah kenapa kan?
Apakah penyebab dan musabab perkara seperti ini berlaku? Kenapa dan mengapa? Apakah yang menjadi halangan dan rintangan kepada pos laju? Perkhidmatan ini berbayar, dan bayarannya juga bukan murah. Jadi kenapa ia diperlakukan seperti itu? Ke mana hilangnya kelajuan pos laju. Atau perlu menukar perkataan laju tu. Dengan siapa perlu aku tanyakan soalan ini, selaju manakah perkhidmatan pos laju?

No comments:
Post a Comment