Sunday, June 21, 2015
Persiapan ke jepun musim luruh 2014
Assalamualaikum semua, dah lama aku tak tulis blog. Macam2 jadi dalam kehidupan sekarang.alhamdulillah setelah aku berlelah dengan blood, sweat and tears bak kata org, aku berjaya menamatkan master aku kat UM dengan cemerlang.. haha...saja je nak riak takbur disini...
sori la sbb dh lama tak menulis (cheq sibuk) dan sori lagi skali sbb memulakan entri dengan ayat yg begitu takbur dan bongkak sekali. So di bulan2 puasa yg diberkati ni, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku pi jepun baru2 ni.kalau korang nak baca sambungan kisah aku di kyoto part 3 aku akan tulis nanti.just wait ok.
tahun lepas aku pi lagi jepun buat kali ke2...of course x pakai tour guide.ada org tanya aku why x pakai tour guide, sbb mahal ke x pakai?..no...no..no..bkn sbb mahal, tapi sbb aku ni jenis yg x bleh terikat dengan shedule bagai, aku nk bertourist ikut kepala aku ja..
kali ni aku pi jepun with my other dear friend, fauziana.sbb kawan aku si R (rabiatul) tu sibuk.kami pi dua org ja.bila aku gitau mak aku, aku nk begpack pi jepun sekali lagi,dengan selamba mak aku kata "ok"....
"aik!??ok je...mak x risau ke kat cheq"
"dah biasa dah perangai hang yg kaki berjalan tu, mak dh boring nk risaukan hang"...DEEP
kawan aku plak, ni baru first time dia gi oversea,mmg family dia risau habis, mak dia siap pesan make sure kawan hang tu x ajak jual dadah.hahaha..memang golek2 la aku gelak.itulah perasaan murni seorang ibu yang sgt risaukan anaknya...mak aku dh lepas dh level ni...haha..
bila dah nama kawan.korang faham la kan.masa tempah tarikh tiket :gaduh
bila tempah tempat tinggal : gaduh
bila hari nak pi dah sampai: dua2 panik.serius rasa cam x mau pi je.haha.sebab nak keluar daripada zon selesa tu payah.
bila dah sampai jepun: gaduh jugak.
bila balik je malaysia: gelak golek2 bawah meja
tu la sikap kami.kalau korang nak tau cara nak buat preparation pi jepun, baca sampai abis k.
teruskan cerita.masa nak tunggu flight nak pi ke nagoya airport, kat KLIA2,aku duduk sebelah cikgu kt ruangan menunggu.cikgu tu nak melawat anak dan cucu dia kt sendai kalau x silap aku.3 orang anak dia kat sana.semua dah berkeluarga,tapi kawin org malaysia la.cikgu tu kata, anak dia bukan la pandai sgt,spm rasanya 6A.tapi anak dia berusaha ambik diploma kat jepun dulu,then ijazah...sampai la PHD sekarang.bayangkan dia dah belajar selama 13 tahun kat jepun.serius aku respect.aku x sanggup nk ambik master kat jepun sbb assignment kena perfect.AKU MALAS.
then flight sampai aku naik.disebabkan kami x reserve seat so kami duduk jauh.sebelah aku mamat jepun.dia tgk aku,aku tgk dia.disebabkan aku x berminat dia dan dia pun x berminat dgn aku so kami ignore each other...hahaha...kerusi kan 3 seat.kami dok hujung tgh kosong.tido je la lepas tu.
sampai je.keluar.penat aku tunggu si fauziana ni,tah mana la pegi,aku dah kat pintu keluar, tapi dia batang idung pun x nampak.last skali aku nmpk dia, bleh plak dok berDSR kat situ.sakit pulak hati kita.aku bg beg galas aku kt dia, suruh jaga.aku nk pi toilet.
kat jepun ni bila org malaysia masuk toilet mmg lama.ye la kan ,toilet x de air,ade tisu je. so terpaksa masuk air dalam botol utk digunakan.Keluar je toilet, boleh pulak dia hilang...jenuh la nak cari.aku cari dia kat tempat lain, last2...dah x dak sapa dah.bila aku pi bahagian imigrasen dia dh tutup pintu besi yang cam palang tu.gelabahnya aku,aku pun dgn tersipu malu pi la jumpa org imigresen suruh buka pintu.serius cakap, mmg baik dan bersopan pegawai tu, siap tolong iring lagi...budi bahasa budaya kita sungguh...then dia bawak aku ikut lorong belakang terus cop pasport,kat situ aku jumpa minah tu...iksh...iksh...mmg ada yg nak kena belasah.nasib baik aku masih menjaga kesopanan orang melayu. ye la klu gi luar negara kitakan ibarat duta kecil.
dah setel semua.fauziana nak beli sim card jepun.senang nk call mak dia, katanya.kami pun pi la kaunter pertanyaan.
rupa-rupanya sim card jepun hanya sesuai untuk IPHONE SAHAJA. nooooo~~ kami pakai samsung....mmg x bleh la.x pe la, guna whatsapp je la,internet kat sini...seriussss lajuuuu
nnt aku sambung ok...letih menaip dah ni....
gambar2 aku kt jepun korang boleh tgk sini (2013).yang 2014 nnt aku upload. :http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/galeri-melancong-aku-backpack-sahajaaku.html
seperti yang aku janjikan: nah cara buat preparation gi jepun klu, ni langkahnya:
1) first, tempah tiket flight.sbb bila dh beli tiket,kawan korang x kan cancel vacation saat2 akhir.so trip korang dah 50% berjaya...aku tempah air asia ja, sbb percutian bajet.seat x reserve so mmg murah pergi balik flight rm 680.dari kl turun nagoya airport.nagoya airport ni airport ke 3 terbesar kat jepun.tapi aku x rekomen korang turun airport ni, sbb sistem kereta api dia x se efisyen airport kansai or haneda, tapi klu setakat nk cuba pengalaman baru, ok. tips tempah tiket flight, klik sini http://yqtravelling.com/2013/01/13/how-to-beat-airasias-bst-extra-charges/
2) buat itenerary: contoh aku punya ( itenerary tahun 2013) klik sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/03/itinerary-kansai-10-hari-9-malam.html
3) tempah hostel,hotel dan ryokan.korang boleh gunakan agoda or hostelworld. klik sini utuk bacaan lanjut http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-keempat-intenari-tempat-tinggal.html dan check sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/bagaimana-menempah-tempat-tinggal.html
4)make sure buat preparation mental fizikal, barang, preparation maklumat makanan halal dan bahasa.
preparation mental: hari2 kena ulang " aku cantik" selama 100x sebelum tido...pastikan kau orang ada keyakinan diri yang tinggi dengan penampilan anda di jepun nanti...hahaha...gurau je wei.org jepun x kisah pun camna exterior korang tu.
preparation fizikal: excercise la sikit everyday, nnt kat jepun mmg byk kena jalan.
preparation bahasa: rujuk sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/04/bahasa-jepun-untuk-traveller.html
preparation barang: rujuk sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-ketiga-barang-yang-perlu-di-bawa.html
maklumat makanan halal: check sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/04/makanan-halal-di-jepun.html
pengangkutan kat sana : http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-kelima-pengangkutan.html
kalau korang ada keraguan yang lain rujuk la blog ni.mcm2 aku dah tulis.
5) pi jelah...jauhkan perjalanan tu,jgn asyik terperap kat umah ja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment