Thursday, June 11, 2015

Kubur 'Sleeping Beauty' dijumpai di Ethiopia

 Foto: Graeme Laidlaw

Sleeping Beauty adalah salah satu kisah dongeng yang paling terkenal di dunia. Kisah dongeng itu didakwa berasal dari Eropah. Namun, bagaimana pula kubur si Puteri Tidur itu boleh dijumpai di Afrika?

Menurut Daily Mail (09/06), ahli arkeologi berjaya menemui sebuah kubur berusia 2000 tahun di bandar Aksum, Ethiopia yang mengandungi tengkorak wanita yang sedang tidur mengiring lengkap dengan beberapa perhiasan dan alat 'make-up'. kalung manik, gelas Rom, dan gelas minyak wangi. Di salah satu jarinya itu sendiri masih terdapat sebuah cincin dari gangsa.


Menariknya, apabila dikebumikan, wajah wanita itu dihadapkan pada sebuah cermin gangsa Rom. Hal itu membuatkan ahli arkeologi yakin wanita itu adalah seorang puteri cantik yang dikagumi pada masa itu.

Dekat cermin itu juga terdapat sudu gangsa untuk kosmetik dengan sisa eyeliner di atasnya. Dan setelah diteliti, ribuan manik-manik yang disebar di makam 'Puteri Tidur' itu adalah manik-manik yang berkualiti yang hanya diberikan atau dimiliki orang dengan status tinggi.

Perlu diketahui, dahulunya di kawasan penggalian itu terdapat sebuah kerajaan yang kuat bernama Aksumite yang berdiri sekitar 100-940 Masihi. Kerajaan Aksumite juga tercatat sebagai kawasan perdagangan penting bagi bangsa Rom dan India kuno.

Apakah tengkorak itu adalah sosok 'Sleeping Beauty'? Kemungkinannya kecil, namun tengkorak wanita itu boleh menjadi jalan bagi ahli arkeologi untuk menggali maklumat lebih dalam tentang kerajaan Aksumite itu.



Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas