Tuesday, June 23, 2015

Kisah Sebenar Seorang Wanita Terpaksa Pakai Kain Tuala Untuk Melawat Pesakit Di Hospital...



Seorang wanita diarah memakai tuala oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh untuk menutup lututnya sebelum memasuki bangunan hospital.

Kejadian itu dikongsi oleh mangsa di akaun Facebook yang menggunakan nama "Nisha Daddygal" pada 21 Jun lepas.

Menurut Nisha, dia terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit.

Menceritakan kejadian, Nisha berkata ketika dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan memberhentikannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.

Kerana tiada pilihan ayah Nisha terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberi kain tuala itu kepadanya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang.

Menurut pegawal keselamatan itu, arahan itu dari kementerian keselamatan.



Bagaimanapun, Pengarah Hospital Sungai Buloh mengambil tindakan pantas dengan membuat permohonan maaf dan berkata perkara itu(menghalang pelawat memasuki bangunan kerana pakaian) bukan polisi dari hospital atau Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, beberapa kes yang hampir sama turut menggemparkan Malaysia -Siakapkeli.my




sumber

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas