Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin bahawa langkah penstrukturan semula 1MDB tidak akan berjaya mendapatkan semula wang firma itu yang hilang.
Beliau juga meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan diburu dengan pelbagai tindakan mahkamah selepas ini.
“Terlalu banyak bukti mengenai usaha menyembunyikan kebenaran oleh ahli politik dan penjawat awam.
“Apabila Najib tewas, dan saya pasti beliau kalah dalam pilihan raya akan datang, tindakan mahkamah yang akan menyusul tidak akan dapat ditahan lagi.
Ahad lalu, Mahathir menuduh terdapat cubaan menyembunyikan kes dan salah laku jenayah selepas kenyataan menyebut dana 1MDB di Singapura dalam bentuk tunai, sebelum ditukar kepada aset.
Bagaimanapun Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ia dalam bentuk “unit”, tanpa menghuraikan lanjut maksudnya.
Mahathir berharap rancangan penstrukturan untuk menyelamatkan 1MDB akan berhasil tetapi ia masih tidak membebaskan pentadbiran Najib daripada dakwaan wang itu “hilang”. - Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...

No comments:
Post a Comment