Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.
Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.
Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.
Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).
Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.
Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.
Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment