#$%Kecantikan itu tidak penting. Apa yang penting adalah akhlak dan hatinya yang bersih. Ibarat makan nasi, jika sudah menjadi bubur, tiada gunanya.
Pepatah Melayu pernah berkata, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya’.
Demikianlah yang terjadi pada seorang lelaki ini yang kesal dengan tindakannya menamatkan hubungan cinta yang terjalin dengan bekas kekasihnya selama 2 tahun.
-----------------------------------------------------------------------------
"AKU dah bercinta dengan GF aku 2 tahun lebih. Hubungan kami renggang selepas kami masing² study di tempat lain.
Tak tahu kenapa masa study tu, aku nak ada peneman.
Aku couple dengan member kelas aku. Aku tinggalkan GF aku yang dah 2 tahun bercinta itu.
Lagipun, dia dah gemuk. Aku tak pedulikan dia langsung walaupun dia asyik merayu-rayu pada aku. Dugaan untuk aku bila berjauhan.
Aku ikut semua permintaan GF baru aku. Satu persatu pasal GF lama, aku hapuskan.
Beberapa bulan kemudian, GF lama aku mungkin dah fade up. Dia block semua akaun Facebook,
WeChat, WhatsApp. Dia terus menghilangkan diri. Mesej terakhir, ‘buat masa ini lebih baik kita jangan berjumpa.
WeChat, WhatsApp. Dia terus menghilangkan diri. Mesej terakhir, ‘buat masa ini lebih baik kita jangan berjumpa.
Dia kata, ‘kalau kita ada jodoh, kita jumpa lagi,’.
Dah aku couple dengan GF baru ni setahun, aku rasa dia ni sangat melampau. Sangat kebudak-budakan. Dia ingat aku ni hamba dia ke apa? Disebabkan dia, aku buang segala gambar, status, nama GF lama.
Dah habis pratikal, aku balik kampung. Masa tengah jalan-jalan dekat Mall, aku ternampak GF lama, kurus, cantik sangat. Lama dia menyepikan diri.
GF aku yang sekarang ni dah jadi gemuk dari dia. Sikit-sikit, maki aku, herdik aku, suruh letak everything about her. Sikit-sikit hina GF lama aku.
Ya Allah, menyesalnya aku. Aku rasa GF aku yang lama adalah terbaik. Dia sabar, tak pernah berkasar dengan aku.
Aku buka akaun Facebook dia guna Facebook kawan. Aku stalk habis-habis Facebook dia.
‘Cantiknya ciptaan Allah’
‘Cantiknya ciptaan Allah’
Dia yang dulu aku selalu panggil ‘my wife’ sekarang ni dah jadi milik orang lain.
Maafkan saya, awak. Saya nak jumpa awak nak perbetulkan segala-galanya. Awak je yang layak jadi halal buat saya. Ibu bapa kita dah kenal, lagipun memang family kita dah buat perjanjian untuk satukan kita. Izinkan saya tebus segalanya.
Saya harap kita dapat tunaikan perjanjian family kita. Bagi saya ruang untuk kembali. Saya betul-betul menyesal.
Saya cuma sunyi dulu bila awak tak ada di depan mata saya. Saya kejam..
No comments:
Post a Comment