السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEDOMAN
Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan ALLAH SWT dan Rasul-NYA. Ketika Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:
أَيُّهَا النَّاسُ، قَدْ وُلِّيتَ عَلَيْكُمْ وَلَسْتُ بِخَيْرِكُمْ، فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِينُونِي، وَإِنْ أَسَأْتُ فَقَوِّمُونِي ...... أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ. ِ
Ertinya:
"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku.... Taatlah aku selagi aku taatkan ALLAH dan Rasul-NYA. Jika aku derhaka kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka tiada ketaatan untukku".
(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Pada hal, orang seperti Abu Bakar al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan ALLAH SWT dan Rasul-NYA. Apakah setengah pemimpin kita lebih hebat daripada Abu Bakr?
lagi di miskani.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...
No comments:
Post a Comment