Saturday, June 6, 2015
13 korban gempa, 6 hilang
RANAU – Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang menggegarkan negeri ini kelmarin mencatatkan angka kematian meningkat kepada 13 orang semalam manakala enam lagi masih hilang.
Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, semua mayat mangsa yang ditemui terdiri daripada mayat-mayat pendaki dan malim gunung. Kesemua 13 mayat yang belum diketahui identiti tersebut ditemui di beberapa lokasi di sekitar puncak Gunung Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, 11 mayat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan semalam manakala dua lagi mayat ditemui lewat malam kelmarin. Kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment