Thursday, April 9, 2015

Poster Iklan Vintage Syarikat Penerbangan di Era 1960-an

Penulis Matthias C Huhne merangkumkan iklan syarikat penerbangan dalam bukunya, Airline Visual Identity 1945-1975. Buku setebal 436 halaman itu juga memasukkan gambar-gambar poster iklan syarikat penerbangan di era 1960-an.

Poster-poster vintage ini dipetik dari CNN, Rabu (8/4/2015), berikut senarainya:
 
 1. Pan Am

Pan American World Airways (Pan Am) adalah salah satu syarikat paling berpengaruh di dunia. Syarikat penerbangan asal AS ini berdiri pada 1927 namun berhenti beroperasi pada Disember 1991.

Syarikat ini menjadi salah satu perintis identiti dalam dunia aviasi. Antara lain, penggunaan seragam putih dengan topi khas pilot dan rambut bob seleher bagi para pramugari.

Poster iklan ini dibuat tahun 1969, perekanya tidak dikenali. Ilustrasi pramugari berambut bob, dengan bola mata bergambar bendera Britain dan tulisan 'England' di bahagian bawahnya. Ini adalah iklan penerbangan Pan Am dari AS ke England.

 2. Swissair

Poster gambar yang dibuat Swissair pada 1961 ini cukup simpel. Direka oleh designer dan jurugambar, Manfred Bingler, menampakkan pemandangan Pegunungan Alps dan enjin pesawat dari dalam jendela pesawat.

Swissair berdiri pada 1931 dan menjadi salah satu syarikat penerbangan paling berpengaruh di Eropah.logo syarikat ini sangat sederhana, tulisan Swissair dan gambar pesawat.

 3. Aeroflot

Artis dari Rusia, Victor Asseriants membuat poster ini pada tahun 1964. Poster iklan ini dibuat untuk Aeroflot, syarikat penerbangan nasional Rusia ketika pelancaran penerbangan ke Delhi, India.

Tampak gambar wanita India sedang menari, dengan sedikit gambar Taj Mahal di belakangnya. Poster vintage ini didominasi warna hijau dan kuning.

 4. Trans World Airlines (TWA)

Trans World Airlines (TWA) adalah syarikat penerbangan gabungan dari Transcontinental Airlines dan Western Airlines. Syarikat ini didirikan pada tahun 1930, dan terkenal dengan poster iklan vintage setiap kali pelancaran rute baru.

David Klein, ilustrator yang bekerja di sebalik poster-poster vintage tersebut. Ini adalah salah satu contoh posternya untuk rute penerbangan ke Afrika pada 1967. David membuat sekitar 50 poster iklan berbeza untuk TWA.

5. Lufthansa

Poster iklan ini dibuat pada tahun 1967 untuk menggambarkan wilayah asas syarikat tersebut.

Dari pertengahan 1960-an hingga pertengahan 1990-an, poster-poster iklan Lufthansa direka atas pengawasan designer lamanya, Otl Aicher. Tak hairan semua poster iklannya memiliki 'nuansa' yang sama.




Kredit: travel.detik.com
Foto: CNN

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas