Thursday, April 9, 2015

Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?

Perkhidmatan Hospital Kerajaan.


Semalam, isteri aku ada temujanji di Hospital besar. Ini berkaitan pemeriksaan dan penentuan tarikh untuk bersalin. Bila kita bercerita perihal perkhidmatan hospital kerajaan, boleh dikatakan, ramai yang bercakap yang perkhidmatan hospital kerajaan teruk. Persoalannya sekarang, apakah ianya benar-benar teruk?

Aku datang ke hospital pada jam 0800 dan habis sepenuhnya pada jam 1630! Nampak tak berapa banyak masa yang aku dah habiskan di sana? Mungkin ini yang ramai orang perkatakan mengenai perkhidmatan hospital kerajaan ni.

Dari pemerhatian aku, hospital besar menjadi tumpuan semua penduduk dari pelbagai daerah. Dan pemeriksaan dilakukan pada hari-hari tertentu. Katakan pemeriksaan hanya dilakukan pada hari selasa dan khamis. Jadi, semua orang akan datang pada hari tersebut. Dengan "keadaan" dan "bilangan" doktor yang ada, sudah tentu masa yang di ambil sangat lama!
Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah, sistem no panggilan dan cara no di beri kepada pelanggan. Ibu-ibu mengandung ni kan ada buku merah. Buku tersebut perlu diletakkan di dalam bakul yang disediakan. Bila kita datang awal, buku tersebut sudah pasti berada di bawah. Dan ia akan ditimpa dengan buku orang yang baru sampai.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, jururawat sudah pasti akan mengambil buku yang paling atas dahulu. Bagaimana pula dengan buku yang paling bawah? Buku orang yang dah lama sampai ni? Mereka seperti diibaratkan datang lambat la. Huh! Dan bila no diberi, ia tidak mengikut turutan. Yang membuat aku tertanya-tanya adalah, no yang diberi ini dari no yang dikitar semula ke? Maksudnya, no yang dia beri pada kita ni, mereka akan ambil balik dan guna semula. Aiks?

Dari sebab itulah, no yang dipaparkan di skrin, akan berterabur dan tidak mengikut susunan. Kan lebih bagus jika no itu digunapakai seperti di bank atau di pejabat pos atau di mana sahaja, yang mengikut no giliran?

Perihal masa perkhidmatan juga menjadi topik utama aku. Yang membawa kepada perkhidmatan hospital kerajaan teruk ni. Berapa lamakah had masa rehat untuk mereka? Macam semalam, aku perlu berjumpa dengan pakar bius. Waktu rehat untuk mereka berakhir jam 1400. Aku sampai jam 1350. Tetapi sehingga jam 1430, langsung tiada pergerakan! Apakah mereka masih berada dalam masa rehat atau masa yang diberikan tidak cukup? 

Dan apabila ada pergerakan, masa panggilan juga akan mengambil yang lama. Bila semua ini berlaku, sudah pasti pelanggan perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama! Masa menunggu yang lama ini hanya untuk mendengar penerangan ringkas dari doktor pakar. Apakah?

Sudah sampai masanya hospital kerajaan perlu dirombak. Dari semua aspek. Perlu ada perubahan drastik mengenai perkara ini. Pelanggan semakin bertambah setiap tahun. Tetapi perkhidmatan yang diberikan sama sahaja.

Bukanlah aku mengatakan hospital kerajaan ini teruk 100%. Tidak. Banyak juga kebaikan dan nyawa yang telah mereka selamatkan atas izin Allah. Cumanya, itu bukanlah sebab untuk mereka memberikan perkhidmatan yang pada aku, masih belum mencapai standard yang terbaik. Perlu ada perubahan yang besar di dalam mengubah persepsi masyarakat kepada perkhidmatan hospital kerajaan yang teruk ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas