Friday, March 20, 2015

Musim Produk Kecantikan Dan Kesihatan.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Malaysia sedang di landa musim produk kecantikan dan kesihatan. Satu musim yang mana, peniaga-peniaga produk ni, berebut-rebut memasarkan barangan mereka.

Bermacam-macam "tagline" yang kita dengar. Macam-macam jenis iklan yang kita lihat. Semuanya kerana musim produk kecantikan dan kesihatan.

Aku bukanlah bermaksud untuk menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada. Sebabnya adalah, semuanya sudah pun di ceritakan si empunya produk.

Yang aku cuba sampaikan adalah, apakah "effect" daripada penggunaan produk ni. Effect negatif ya, bukannya positif.

Kalau kita tengok pada ramuan-ramuan yang ada, kadang-kadang tak paham langsung. Macam-macam ramuan yang ada.

Dan yang menjadikan ia lebih hebat adalah, "hasil" penggunaan produk dapat dilihat dalam tempoh masa yang agak singkat.

Hmm, tak mustahillah sekarang ni ramai yang menderita macam-macam penyakitkan? Bukanlah aku cakap, produk-produk ni semua boleh mendatangkan penyakit merbahaya, tapi kerisauan itu mesti ada kan?

Kalau tengok orang-orang lama, semua gunakan produk semulajadi. Sebab tu, orang-orang lama semuanya sihat belaka. Ini hakikat. Semua pun tahu akan keadaan ini.

Ini adalah pendapat aku semata-mata. Bagaimana pula dengan korang?

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas