Thursday, March 26, 2015
(15 GAMBAR) Kejutan Yang Tidak Disangka-Sangka Dari Norman Hakim Kepada Memey Membuatkannya Menangis
Pelakon Memey Suhaiza baru sahaja menyambut majlis ulangtahun yang ke 27 bersama teman rapat dan keluarga tersayang.
Lebih manis lagi, majlis hari jadi itu merupakan kejutan buat Memey dan ia dirancang dengan baik oleh suaminya, Norman Hakim tanpa pengetahuannya.
Majlis itu berlangsung dengan meriah bertempat di Concorde Hotel dan turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Ella dan Fynn Jamal.
Norman Hakim juga berkongsi detik-detik indah itu melalui akaun Instagram untuk tatapan peminat.
Dalam pada itu, Memey juga telah mengalirkan air mata kerana begitu terharu dengan kejutan yang diberikan oleh suaminya.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar parti hari jadi Memey Suhaiza yang diambil menerusi Instagram @normanhakim_786.
-astrogempak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ring...
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...




No comments:
Post a Comment