Mula sekali aku nak gelak dulu. Hahahahaha. Sebabnya adalah, aku selalu dengar orang dok bercerita perihal suami sebelah rumah ni. Aku ingatkan mereka-mereka ni cerita pasal suami sebelah rumah diarang, rupanya, cerita pasal drama. Hahahahhahaha.
Aku memang sangat jarang tengok tv. Betul, tak tipu. Kena pulak cerita ni petang kan? Memang aku tak tengok lah. Macamana aku dapat tahu cerita ni? Ceritaejoy bermula begini, aku cerita dengan wife aku, yang kawan-kawan kat office suma dok bercerita pasal suami sebelah rumah diarang. Aku cakap, apalah, dah takde kerja lain ke? Wife aku yang dengar ni, dok bantai gelak je. Wahahahahhaa.
Dia cakap, suami sebelah rumah tu, tajuk drama la. Emosi aku ketika itu? Hahahahha, dah tentu la malu kan? Yelah, tak tahu apa-apa. Tapi, kena tahu ke? Tak perlu pun takpe kan? Hehehehhe.
Lepas wife aku cerita, baru aku tahu, yang cerita ni di ambil dari novel. Owh, banyak ek drama atau filem yang di ambil dari novel. Mungkin jalan ceritanya sudah tersedia, cuma perlu diaplikasikan ke dalam bentuk drama atau filem sahaja.
Wah, untunglah penulis novel sekarang ni, yelah, sebelum ni, karya mereka cuma dikenali di kalangan novel lovers sahaja. Tetapi sekarang, masyarakat umum pun dah kenal mereka. Barulah industri penulisan kat malaysia ni lebih berkembang kan?
Aku tak tahu sebenarnya, keseluruhan cerita suami sebelah rumah ni, jika ada rakan-rakan yang nak cerita sinopsis cerita ni, bolehlah kongsikan yer. Hehehhe.
No comments:
Post a Comment