Monday, March 23, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rokok Seludup.

Bahaya rokok seludup.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hari ni, pagi ni aku terbaca dekat SINI, akan bahayanya rokok seludup, yang mana penjualannya sangat berleluasa sekarang ni. Alhamdulilah, aku bukanlah seorang penghisap rokok, akan tetapi, aku ingin kongsikan, apa yang anda perlu tahu tentang rokok seludup ni.


Ok, info ini aku dapat dari SINI ye. Kenapa orang lebih suka membeli rokok seludup daripada rokok yang sah. Rokok yang sah tu, rokok yang berdaftar dengan kerajaan malaysia ya.

Punca ramai yang memilih rokok seludup adalah berpunca dari faktor harga. Harga untuk sekotak rokok seludup adalah dari RM3 ke RM3.50. Manakala rokok yang berdaftar adalah sekitar RM12.

Inilah antara sebab terbesar kenapa rokok seludup menjadi pilihan utama. Tetapi sedarkah anda akan bahayanya rokok seludup ini?


Ok. Bukan kata rokok berdaftar itu tidak bahaya, bahaya juga, tapi rokok seludup adalah lebih bahaya daripada itu.

Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Malaya ( click sini ) telah mengesahkan 3 perkara :

1. Kandungan bahan kimia di dalam rokok seludup adalah melebihi had undang-undang kerajaan malaysia.

2. Kandungan TAR dan NIKOTIN di dalam rokok seludup adalah lebih tinggi.

3. Kandungan didalam rokok seludup mungkin telah di cemari bahan kimia atau produk bukan tembakau yang lain.

Dan rumusan daripada kajian ini adalah, kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup adalah 3 KALI GANDA lebih tinggi daripada rokok sah.

Ini bermakna, sebatang rokok seludup bersamaan dengan 3 batang rokok yang sah.

Info lanjut di SINI

Aku sangat percaya, walaupun banyak kempen-kempen yang di jalankan kerajaan, dan gambar-gambar akan bahayanya menghisap rokok di sebarkan, ianya masih belum mampu mengurangkan jumlah mereka yang menghisap rokok ini.

Ini adalah kerana, ia dianggap suatu keperluan kepada mereka. Kempenlah macamana pun, jika ianya tidak di mulakan dengan hati dan niat, ia akan berterusan juga.

Memang benar, berkata tidak semudah melakukan. Aku mampu berkata-kata kerana aku tidak menghisap rokok. Aku tahu akan susahnya untuk berhenti merokok kerana ayah aku sendiri adalah seorang penghisap rokok tegar.

Akan tetapi, sentiasalah beringat, anda bukan sahaja merosakkan diri anda, akan tetapi orang disekeliling anda. Sentiasalah ingat orang-orang yang anda sayangi.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas