KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.
"Pada tahun hadapan, kerajaan akan mempertimbang semula semakan kadar ITP ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.
Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.
“Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan,” katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...
No comments:
Post a Comment