Pihak polis merekod 21 kematian akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sementara 10 lagi individu dilapor masih hilang dalam kejadian banjir setakat ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kelantan mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 14 orang sementara empat masih hilang, diikuti Terengganu yang mencatat empat kematian dan lima hilang.
Pahang pula mencatat tiga kematian dan seorang masih hilang, katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan bantuan bencana banjir untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata PDRM mengarahkan 9,880 pegawai dan anggota untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.
"Sebanyak 24 buah balai polis turut terjejas iaitu 19 buah di Kelantan, empat di Terengganu dan satu di Perak," katanya.
Khalid berkata enam laporan polis dibuat melibatkan jenayah kecurian pada musim banjir dan pihak polis menempatkan anggota tambahan di lokasi yang dijangka akan berlaku kejadian pecah kedai dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang memohon bantuan kewangan kononnya untuk diberikan kepada mangsa banjir.
"Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan sebuah tabung. Jadi saya menasihatkan sesiapa yang ingin menderma agar menyalurkan secara terus kepada MKN agar bantuan boleh diberi melalui satu saluran sahaja.
"MKN akan bertanggungjawab untuk mengagihkannya kepada mangsa banjir yang terlibat," katanya.
Sejumlah RM45,000 diterima PDRM iaitu RM25,000 daripada Tabung Kebajikan PDRM manakala RM20,000 lagi daripada syarikat korporat Jason Roadwork Construction North Soil Engineering untuk diagih kepada 947 keluarga anggota PDRM yang menjadi mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...
No comments:
Post a Comment