Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta merta.
Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.
Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang sedang bergolak.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...

No comments:
Post a Comment